Alam
Jin
Tahukah
anda
selain
manusia,
alam
ini
juga
dihuni
oleh
makhluk
ghaib
yang bernama JIN. Alam
kedua-dua makhluk ini
letaknya sangat
berdekatan bahkan boleh
dikatakan letaknya saling
bertindih (cuma
dimensinya sahaja yang
berbeza). Dan antaranya
ikut hidup berkeliaran
dengan manusia di
rumah-rumahnya (ada
yang menyerupai kucing
dan lain-lain haiwan
peliharaan).
Sesuatu tempat itu
mungkin tempat
kediaman JIN ataupun
mungkin
perkampungannya. Sebab
itu bila berada di tempat
yang kita belum kenal
keadaannya janganlah
bertindak sebarangan,
takut nanti perlakuan kita
itu mengganggu
ketenteraman JIN dan
menjadikan ia marah
(walaupun dengan tidak
sengaja).
Kebanyakan manusia
walaupun percaya adanya
makhluk ini
disekelilingnya tetapi
kerana tidak nampak,
maka mereka mudah
terkena tipuan dan
godaannya. Dengan ini
patutlah kita sedari
bahawa syaitan itu selalu
mengintip-ngintipkan
manusia bagi
membencanakan anak-
anak Adam.
Menurut kejadiannya, JIN
ini merupakan makhluk
yang perkasa dan boleh
menunduk atau
mengalahkan manusia.
Namun mereka tidak
mempunyai ruang untuk
menyambar manusia
kerana Allah s.w.t.
menjadikan
bagi manusia (yang
sentiasa mengingati Allah)
malaikat-malaikat penjaga
yang lebih gagah daripada
JIN. Dan dengan ini
manusia dapat
mengalahkan JIN dengan
mudah. Kiranya tiadalah
pemeliharaan Allah
kepada manusia, nescaya
binasa dan musnah
mereka semuanya.
Sesungguhnya tubuh JIN
dan manusia itu terbina
daripada bahan-bahan
yang boleh musnah, maka
terjadinya kematian dan
kemusnahan itu sama-
sama dialami oleh dua
makhluk ini.
Manusia memerlukan
masa mengandung
selama sembilan bulan
untuk melahirkan zuriat
dan anak manusia juga
memerlukan masa yang
lama untuk matang dan
menjadi baligh.
Berbeza dengan JIN
dimana, apabila di sentuh
alat kelamin lelaki dengan
alat kelamin perempuan,
maka JIN perempuan akan
terus mengandung dan
beranak dan anak JIN yang
baru lahir itu terus
mukallaf. Begitulah
keadaannya sehingga ke
hari kiamat.
Iblis pula apabila
menyentuh paha kanan
dengan paha kiri akan
mengeluarkan 33 biji
telor. Dalam setiap biji
telor itu ada 33 pasang
benihnya. Tiap-tiap pasang
benih itu apabila
menyentuh paha kanan
dengan paha kiri akan
keluar seperti yang
terdahulu. Begitulah
proses pembiakan JIN dan
Iblis sehinggalah ke hari
kiamat.
Bunian atau lebih
masyhur di kalangan
orang-orang Melayu
dengan panggilan orang
Ghaib pula ialah hasil
campuran lelaki atau
perempuan JIN dengan
lelaki atau perempuan
dari kalangan
manusia. Anak yang
terhasil daripada
percampuran itu dikenali
dengan nama Bunian.
Perangai dan tingkah laku
serta rupa bentuknya
orang Bunian ini dalam
beberapa perkara
mengikut manusia dan
dalam beberapa perkara
pula mengikut JIN.
Jika asal usul datuk
manusia ialah Nabi Adam,
maka asal usul datuk JIN
pula ialah " Jaan " yang
asalnya adalah beriman
kepada Allah dan
melahirkan keturunan
yang beriman. Selepas itu
terdapat pula dari
keturunan Jaan yang kufur
dan melahirkan pula
keturunan yang kufur.
Anak cucu Jaan yang asal
beriman itu ada yang
kekal dalam iman dan ada
pula yang kufur dan ada
pula yang kembali
beriman kepada Allah.
Adakah Makhluk
Setengah Manusia Dan
Setengah Buaya Yang
Dipanggil "ALLISAPIEN"
Ini Adalah Makhluk Aneh
Yang Dipercayai Berasal
Dari Manusia Pada Zaman
Dahulu Tetapi Telah
Mengalami Perubahan
Evolusi Yang Tersilap
Seperti Yang Di Dakwa
Oleh Seorang Ahli
Paleontologist Iaitu Dr.
Paul Ledbrader
Petikan Dari Buku "Jelajahi
Alam Jin"
‘Syaitan Syiqq’ yang
menyerupai separuh
manusia dan
haiwan.Sebenarnya Allah
sudah menentukannya
dalam rupa bentuk
sedemikian, bukan
disebabkan perubahan
evolusi seperti yang
didakwa oleh Dr. Paul
Ledbrader
Betulkah JIN
Mempunyai Pelbagai
Agama??
JIN juga seperti manusia,
iaitu ada yang baik, ada
yang jahat, ada yang
soleh, ada yang tidak
soleh, ada yang alim lagi
mukmim, ada yang kufur,
ada yang murtad, fasik
dan zalim, ada yang
masuk syurga dan ada
yang dihumbankan oleh
Allah ke dalam neraka di
hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak JIN
terdiri daripada golongan
Jin Kafir. Golongan JIN
kafir ini kebanyakanya
beragama Yahudi,
Kristian, Komunis dan
sangat sedikit daripada
mereka yang beragama
Buddha dan Majusi.
Terdapat juga golongan
JIN yang tidak beragama.
Golongan Jin yang
memeluk Islam hanyalah
sedikit bilangannya dan
terdiri daripada golongan
minoriti jika di bandingkan
dengan keseluruhan
bilangan JIN.
Seperti juga manusia
biasa, JIN juga berada
dalam tingkat-tingkat
iman, ilmu dan amalan
yang tertentu
berdasarkan kepada
keimanan dan amalan
mereka kepada Allah.
Antaranya ada JIN Islam
yang bertaraf awam
sahaja, JIN Islam yang di
tingkat iman Khawas dan
JIN Islam yang berada
ditingkat iman yang
Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang
paling tinggi imannya dan
paling soleh amalannya
serta paling luas serta
banyak ilmunya, tetapi
masih ada pada diri
mereka sifat-sifat
mazmumah seperti
takbur, riak, ujub dan
sebagainya. Tetapi
mereka mudah menerima
teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang
sering diperkatakan
bahawa "Sebaik-Baik JIN
Itu Ialah Sejahat-Jahat
Manusia Yang Fasik. "
Tetapi yang berbezanya
manusia yang paling jahat
susah menerima
pengajaran dan teguran
yang baik.
Golongan JIN Islam yang
awam dan JIN kafir suka
merasuk manusia yang
awam dengan berbagai-
bagai cara, kerana pada
pandangan mereka
manusia-manusia yang
awam itu bukanlah
manusia sebenarnya,
sebaliknya adalah rupa
seekor binatang. Manusia
yang Khawas dan
Khawasil-Khawas tidak
dapat di rasuk oleh JIN,
bahkan JIN pula akan
datang kepada mereka
untuk bersahabat.
Bolehkah Manusia
Melihat JIN?
Manusia tidak boleh
melihat JIN dalam
kewujudannya yang asli,
kerana Allah s.w.t. telah
memperkenankan
permohonan Bapak JIN
(ketika mula diciptakan)
agar ia dapat melihat
tetapi ia sendiri tidak
dapat dilihat. (JIN pula
tidak boleh melihat
malaikat kerana malaikat
diciptakan dari cahaya di
mana lebih hebat dari
JIN).
Firman Allah
(bermaksud):
“ Sesungguhnya dia dan
pengikut-pengikutnya
melihat kamu dari semua
tempat yang kamu tidak
boleh melihat mereka.” -
(Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang
mendakwa dia telah
melihat JIN/ Syaitan
(dalam keadaan rupa
sebenar) maka dia telah
berdusta, kecuali dia
memang seorang nabi.
Sebab bagi para nabi
melihat jin adalah suatu
mukjizat (merupakan
bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan,
“Allah s.w.t sudah
menetapkan (mengikut
hukum alam) bahawa
anak cucu Adam tidak
akan dapat melihat syaitan
di dunia. ”
Dalam buku ‘Aqidah
Islam’, Prof. Sayyid Sabiq
menulis, JIN atau syaitan
itu secara aslinya tidak
dapat dilihat oleh mata
(zahir). Tidak diketahui
bagaimana bentuknya
tetapi mereka
mempunyai kuasa
menjelma diri dalam
bentuk lain, menyerupai
sahabat terdekat, kekasih
atau suami seorang
wanita dan haiwan.
Dalam hal ini (lebih-lebih
lagi untuk waktu yang
lama) adalah sesuatu yang
sulit dilakukan oleh JIN
mahupun syaitan. Ia
memerlukan kondisi-
kondisi jasmaniah dan
psikologi yang membantu
dan terjadinya pula pada
waktu-waktu tertentu
sejalan dengan kebolehan
jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan
sebenarnya menderita
kesakitan sewaktu
menukar jasadnya ke
dalam bentuk asal. Ia
memerlukan masa yang
lama dan proses
pertukaran ini mengalami
penderitaan yang teruk.
Di samping itu ia juga
takut akan perkara-
perkara yang boleh
mengakibatkan risiko
(kerana ia pun takut akan
manusia) sama ada
tertangkap atau mati
dibunuh. Bila tertangkap
dan dibaca kepadanya
Ayat Kursi, nescaya akan
menggeletar sehingga
boleh mengalami stress
berat dan akhirnya mati.
Kalau tidak pun ia akan
lemah-lunglai dan
menjadi tidak bermaya.
... (diambil dari indralasmana.co.cc)